Assalamualaikum WBT..
Sebenarnya hari Isnin (21 Disember 2009) nanti aku ada panggilan interview untuk GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih) kat PPD Muar. Sepatutnya aku kena buat persediaan untuk interview tu, tapi aku pun tak tahu apa yg aku nk prepare....
Tak habis dengan tu, semalam masa aku driving balik dari batu pahat, tiba-tiba lagu setiakukorbankan(ringtone hp aku) berkumandang..tengok nombor tak kenal. Bila aku angkat, rupanya staff dari Silver studio KL. Aku dikhabarkan dengan berita gembira bahawa aku dapat kerja sebagai animator company tu. tiba-tiba aku 'blurrrr', patut ke aku terima ataupun tak..yela aku pun baru mula bkeja as peg.PR kat Muar dan baru nak mengumpul pengalaman... lastly aku minta untuk berfikir sejenak...then, bila aku sampai rumah aku khabarkan ke mak aku dan tanya pendapat emak aku..tapi still tak dapat kata putus. Ingatkan kebingungan aku sampai situ je.tapi sangakaan aku meleset sama sekali.. tiba2 aku di offer untuk apply jadi DJ di Suara Johor Best 104 (tempat aku praktikal suatu ketika dahulu) disebabkan kekurangan DJ kat sana..wah ini peluang aku hati aku berkata..aku memang minat dengan bidang penyiaran radio sejak aku menuntut di Universiti dahulu.Jadi bertambahlah hal yang perlu aku fikirkan sekarang ini. Samada kerja aku sekarang, animator yang tawarkan gaji yang agak lumayan, guru yang menjadi harapan emak aku untuk lihat anaknya menjadi pendidik, ataupun penyiar radio yang sememangnya minat aku...semua benda tu bermain di fikiran aku. InsyaAllah aku akan buat keputusan sebaik mungkin, minta petunjuk daripada Allah swt dengan solat Istiharah. Mudah-mudahan aku dapat buat pilihan yang betul. Kerana "yang mana satu" itu, hanya kita yang tahu...
Sekian..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


bagus-bagus aku salud padamu ain....
ReplyDelete